Info Wakalah

Pengenalan

Wakalah merupakan Dasar Pengembalian Semula Wang Zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada entiti yang membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP untuk diagihkan kepada asnaf yang layak. Entiti yang dibenarkan memohon pengembalian wang zakat adalah:-
  • Individu
  • Syarikat atau Organisasi
  • Majikan
  • Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Individu

  1. Boleh memohon pengembalian zakat sehingga 50% daripada jumlah bayaran zakat.
  2. Zakat perlu diagihkan sebagai mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada asnaf yang layak.
  3. Zakat boleh diagihkan kepada semua asnaf KECUALI AMIL.

MyWakalah

Kriteria Kelayakan
  1. Membayar semua jenis Zakat Harta kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.
  2. Had minimum pembayaran adalah RM20,000.
  3. Permohonan pengembalian semula dibenarkan bagi pembayaran zakat yang dibuat pada tahun semasa.

Syarikat

  1. Boleh memohon pengembalian zakat sehingga 50% daripada jumlah bayaran zakat.
  2. Zakat perlu diagihkan sebagai mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada asnaf yang layak.
  3. Zakat boleh diagihkan kepada semua asnaf KECUALI AMIL.

MyWakalah

Kriteria Kelayakan
  1. Membayar semua jenis Zakat Harta kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.
  2. Had minimum pembayaran adalah RM10,000.
  3. Permohonan pengembalian semula dibenarkan bagi pembayaran zakat yang dibuat pada tahun semasa.

Majikan

  1. Boleh memohon pengembalian zakat sehingga 37.5% daripada jumlah potongan gaji zakat kakitangan.
  2. Zakat perlu diagihkan sebagai mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada asnaf yang layak.
  3. Zakat boleh diagihkan kepada semua asnaf KECUALI AMIL.

MyWakalah

Kriteria Kelayakan
  1. Membayar semua jenis Zakat Harta kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.
  2. Had minimum pembayaran adalah RM100,000.
  3. Permohonan pengembalian semula dibenarkan bagi pembayaran zakat yang dibuat pada tahun semasa.

Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  1. Boleh memohon pengembalian zakat sehingga 50% daripada jumlah potongan gaji zakat kakitangan.
  2. Zakat perlu diagihkan sebagai mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada asnaf yang layak.
  3. Zakat boleh diagihkan kepada semua asnaf KECUALI AMIL.

MyWakalah

Kriteria Kelayakan
  1. Terbuka kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
  2. Membayar semua jenis Zakat Harta kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.
  3. Had minimum pembayaran adalah RM100,000.
  4. Permohonan pengembalian semula dibenarkan bagi pembayaran zakat yang dibuat pada tahun semasa.
MyWakalah